Penyanyi, pemuzik tuntut hak royalti saman daripada Prism Berhad

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SERAMAI 32 orang penggiat seni tanah air yang terdiri daripada penyanyi dan pemuzik tersohor telah memfaikan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memfailkan saman bagi menuntut pembayaran royalti daripada Prism Berhad. 

Notis usul dan affidavit ini telah difailkan melalui firma Tetuan Kamaruzaman Arif & Sofiah pada 9 September yang lalu dan ia merupakan tindakan mahkamah yang julung-julung kali dibuat penggiat seni tanah air. 

Antara 32 penggiat seni tanah air yang memfailkan notis usul dan afidavit ini adalah Datuk Jamal Abdillah, Datuk DJ Dave, Datuk J Sham, S. Atan, Aris Ariwatan, Ibnor Riza, Azharina, Ezlynn, Julian Blues Gang, Renggo Arrow, Ali Terra Rossa, Ajin Blackrose, Norshila Amin, Nai Dinamik,Beego, Razis Ismail dan Leina Hangat. 

Wakil Tetuan Kamaruzaman Arif & Sofian, Datuk Kamaruzaman Muhammad Arif berkata, menurut perlembagaan Prism Berhad, bayaran royalti pelaku hendaklah diagihkan sekali dalam setahun. 

Peguam Kamaruzaman Arif yang mewakili Tetuan Kamaruzaman Arif & Sofian

“Namun, semenjak 2017 sehingga 2021, tiada sebarang pengagihan dibuat kepada artis-artis ini sehingga kini walaupun telah dituntut. 

“Tindakan ini adalah untuk mendapatkan satu pengisytiharan terhadap wang royalti yang dikutip. Wang kutipan yang tidak diagihkan dengan betul dan siapa tidak menjalankan pengagihan dengan betul boleh disabitkan dengan kesalahan. 

“Ini baru langkah pertama. Kita nak mengesan ke mana perginya duit itu, mengapa ia tidak diagihkan, kalau duit itu habis, ia pergi ke mana?

“Sejuta ya ia dibelanjakan, siapa yang mengawal selia dan adakah perbelanjaan sah itu dari segi undang-undang. Kami juga ingin tahu bagaimana pengiraan royalti dibuat dan sistem apa yang digunakan,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Crystal Chambers, Shah Alam, hari ini.

Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Kamaruzaman

Tambah Kamaruzaman, pihaknya juga menolak sekiranya pihak defendan yang terlibat dengan isu royalti Prism Berhad ini ingin menyelesaikannya di luar mahkamah.

“Kami menggunakan jalan perundangan untuk mendapatkan pencerahan dan jawapan kerana plaintif-plaintif mahu menuntut hak mereka dikembalikan. 

“Agensi yang diamanahkan itu telah dilihat gagal untuk mengagihkan royalti dalam tempoh lima tahun tersebut. Jalan penyelesaian terbaik adalah di mahkamah. 

“Ini bukan sahaja perjuangan 32 ahli yang bersetuju memfailkan notis usul dan afidavit tetapi juga mampu memberikan manfaat kepada 1632 ahli Prism Berhad yang lain serta golongan pelapis,” ujarnya kepada URTV.

Datuk DJ Dave

Konflik royalti Prism Berhad tercetus selepas berlaku pertikaian perundangan di antara Public Performance Sdn Bhd (PPM), Recording Industry Malaysia (RIM) dan Prism Berhad. 

Akibatnya, Prism Berhad digulungkan melalui perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2018 yang mengakibatkan segala urusan pentadbirannya dikawal selia Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI). 

Lebih teruk lagi apabila konflik di antara tiga badan perlesenan itu turut menjejaskan pengagihan kutipan royalti dalam kalangan ahli Prism Berhad.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This