Sumbangan mendiang Samy Vellu besar – Asyraf

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SUMBANGAN mendiang Tun S. Samy Vellu kepada negara dan khususnya masyarakat India amat besar sehingga dihormati kawan dan lawan.

Itu perkongsian Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam Facebook beliau hari ini.

Menurut Asyraf, Samy Vellu juga antara Menteri Kabinet paling lama berkhidmat iaitu 25 tahun.

“Mewakili seluruh keluarga besar Pemuda BN, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Tun Samy Vellu yang meninggal dunia pagi tadi.

“Moga segala perjuangannya untuk mengangkat martabat kaum India terus memugar dan disemangati generasi pewaris perjuangannya dalam MIC masa kini,” katanya.

Baca lagi: Tun Samy Vellu meninggal dunia

Terdahulu, bekas Presiden MIC, Tan Sri Dr S. Subramaniam memaklumkan Samy Vellu meninggal dunia di kediamannya kira-kira jam 7 pagi tadi.

Menurut Subramaniam, beliau menerima panggilan yang memaklumkan Samy Bellu meninggal dunia ketika tidur.

Tambah Subramaniam, upacara pengebumian akan dimaklumkan keluarga mendiang kelak.

Mendiang Samy Vellu meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Beliau telah memimpin MIC dari 1981 hingga 2010 dan antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam Kabinet iaitu kira-kira tiga dekad bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

72 pekerja asing dicekup dalam serbuan medan selera di Johor Bahru

SERAMAI 72 pekerja asing ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan beberapa premis makanan di sekitar bandar raya Johor Bahru selepas...

More Articles Like This