Sedapnya dendeng daging ni. Makan dengan nasi panas memang layan. Jom cuba resipi yang dikongsi oleh pengacara dan penerbit, Ruhil Shafinaz ini.

BAHAN
1kg daging batang pinang
1/2 kg cili merah – dibuang biji dan kisar kasar
1/2 kg bawang besar – kisar
Sedikit kicap
Sedikit cuka
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

CARA
1.Rebus daging sehingga lembut. Potong daging nipis dan tumbuk sehingga kembang. Air rebusan daging jangan dibuang.
2.Goreng daging sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3.Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis cili merah dan bawang besar yang telah dikisar.
4.Apabila cili sudah masak, masukkan sedikit air rebusan daging, kicap dan cuka. Kacau rata.
5.Apabila sudah pekat, masukkan daging dan gaul sebati. Perasakan dengan garam.

Resipi: Ruhil Syafinaz

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Penggemar burger wajib cuba 👍🏻 #makanlokal #malaysianfoodie #myfoodie ♬ Fire – Official Sound Studio

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram