Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi taucu belimbing buluh dan terung pipit yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN:
5 biji belimbing buluh – belah dua
1 cawan terung pipit
1/2 cawan ikan bilis
2 sudu besar taucu
2 labu bawang besar – mayang
2 tangkai cili merah – hiris serong kasar
1 tangkai cili hijau – hiris serong kasar
1 papan petai
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya

BAHAN TUMBUK:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
1 cm belacan

CARA MENYEDIAKAN:
1.Goreng terung pipit setengah masak. Angkat dan ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
3.Masukkan terung pipit, petai, taucu, belimbing buluh, ikan bilis, garam dan gula secukup rasa.
4.Renehkan sehingga semua bahan sebati.Tuangkan secawan air. Biarkan kuahnya kering.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Penggemar daging wajib cuba restoran ini #makanlokal #makanmakanbangi #myfoodie #malaysianfoodie #fyp ♬ Pink Venom – BLACKPINK

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram