Lebih 300,000 permohonan diterima di bawah program PerantiSiswa – Annuar

Dari Penulis

Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjangka penyerahan peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia dapat diselesaikan pada bulan November ini.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata sehingga semalam pihaknya telah menerima lebih 300,000 permohonan dalam fasa satu dan dua, dan jadual untuk penyerahan fasa satu sedang giat diatur.

“Seboleh-bolehnya dalam masa dua minggu ini iaitu dalam bulan September dapat selesai, bagi membolehkan pada Oktober kita mula menyampaikan peranti bagi pemohon-pemohon di fasa kedua.

“Jumlah permohonan agak besar mengakibatkan urus setia menghadapi sedikit masalah, dan agak perlahan dalam memproses permohonan,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Pengagihan Peranti Siswa di Kolej Matrikulasi Kelantan di Kok Lanas, Kota Bharu hari ini.

Katanya permohonan peranti itu tidak akan ditolak, sebaliknya semakan pusingan kedua akan dibuat, dan permohonan perlu memenuhi syarat berdasar pengkalan data, memandangkan ramai juga yang bukan daripada golongan berpendapatan rendah B40 yang membuat permohonan.

Baca: Tablet PerantiSiswa diberi secara terus kepada penerima – PM

“Persatuan-persatuan pelajar dan pentadbir sekolah di universiti boleh membantu untuk membuat pengesahan berdasarkan kepada rekod atau temu ramah secara fizikal terutama apabila kolej serta universiti dibuka pada bulan Oktober nanti.

“Kementerian mendapati ada pemohon bukan dalam kalangan B40, dan perlu membuat semakan pusingan kedua bagi memastikan penerima peranti memenuhi kriteria yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata data sedia ada kadangkala tidak semestinya tepat, kerana kemungkinan ada pemohon misalnya ibu bapa bercerai, dan rekod asal bukan B40 atau hilang pekerjaan semasa COVID-19 juga perlu dipertimbangkan.

Katanya PerantiSiswa Keluarga Malaysia memilih jenama bereputasi tinggi dan spesifikasi terkini dalam pasaran dengan waranti tertentu.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penjenayah dikehendaki terlibat Geng TR berjaya ditahan

SEORANG suspek yang dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang Geng TR berjaya ditahan dalam operasi khas dikenali...

More Articles Like This