Sedapnya kupang tumis kering ini. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi yang mudah dan sedap ini.  Gerenti licin sekelip mata!

BAHAN-BAHAN:
600 gm isi kupang
4 labu bawang besar – hiris
3 ulas bawang putih – cincang
5 sudu besar cili kisar
3 sudu besar kicap pekat manis
Sedikit garam
Sedikit minyak masak

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumiskan bawang besar sehingga wangi.
2.Masukkan cili kering, dan tumis lagi sehingga garing.
3.Kemudian masukkan kupang. Kacau rata-rata, biarkan seketika.
4.Apabila hampir garing, tambahkan garam dan masukkan kicap pekat manis. Gaul rata dan angkat.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Sesuai disajikan waktu sarapan atau minum petang #tunamelts #tunameltsandwich #resipimudah #fyp #foryou ♬ love nwantinti (ah ah ah) – CKay

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram