Rokok seludup RM1.9 juta dirampas di Kota Tinggi

Dari Penulis

POLIS Johor berjaya merampas rokok seludup bernilai RM1.9 juta yang dibawa dalam sebuah lori di lampu isyarat simpang empat, Jalan Sungai Rengit di Kota Tinggi, awal hari ini.

Dalam pemeriksaan jam 1.30 pagi itu oleh Unit Risikan Pasukan Simpinan Persekutuan (FRU) dan Unit Berkuda FRU Bukit Aman, sebanyak 223 kotak rokok putih dan kretek tanpa cukai Kastam ditemukan dalam lori jenis Hino dipandu oleh seorang lelaki berusia sekitar 40-an.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Hussin Zamora, berkata polis turut menahan seorang lelaki berusia 20-an yang bertindak sebagai tonto dan memandu kereta Toyota Vios tanpa sebarang muatan.

“Hasil pemeriksaan di dalam ruangan belakang lori telah menjumpai 131 kotak besar rokok putih jenama Zon King dan 92 kotak besar rokok kretek jenama L.A Bold yang disyaki tidak bercukai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati rokok berkenaan diseludup dari negara luar melalui jalan laut.- BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita putus kaki kiri Proton X70 terbabas langgar pembahagi jalan di LPT2

SEORANG wanita putus kaki sebelah kiri sebelah kereta jenis Proton X70 dinaikinya terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Kilometer...

More Articles Like This