Lelaki larikan sekotak tepung gandum diberkas

Dari Penulis

Seorang lelaki tempatan yang bertindak memecahkan cermin bahagian tempat duduk pemandu sebuah kereta dan melarikan sekotak tepung gandum dari kenderaan tersebut, berjaya diberkas di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, awal pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian itu yang berlaku pada kira-kira 1.15 pagi, disedari oleh jiran mangsa menyebabkan lelaki berusia 31 tahun terbabit cuba melarikan diri. 

Bagaimanapun, katanya mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 30 tahun bersama jirannya itu telah mengejar individu tersebut dan berjaya memberkasnya di sekitar Jalan Pulasan di kawasan taman berkenaan. 

“Mangsa kemudiaannya menghubungi dan menyerahkan lelaki terbabit kepada pihak polis bersama peralatan mencuri iaitu sebatang spanar boleh laras selain sekotak tepung gandum milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohd Sohaimi berkata lelaki itu kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama tiga hari bermula hari ini. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 427/379 Kanun Keseksaan. 

— BERNAMA 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis buru lelaki curi beg penuntut dalam masjid di Alor Gajah

POLIS sedang giat memburu seorang lelaki yang disyaki mencuri beg milik seorang penuntut universiti tempatan dalam ruang solat wanita...

More Articles Like This