Dua beranak maut apabila motosikal yang dinaiki mereka melanggar seekor ayam hutan sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok di Kilometer 39.5, Jalan Kota Tinggi-Kluang, Kota Tinggi, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian yang melibatkan motosikal jenis Yamaha MT-09 itu kira-kira pukul 8 malam.
Beliau berkata penunggang motosikal yang merupakan lelaki berusia 40 tahun itu dalam perjalanan dari Bandar Tenggara menghala ke Felda Penggeli Timur bersama anak lelakinya yang berumur sembilan tahun.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan akibat melanggar seekor ayam hutan yang secara tiba-tiba melintas jalan lalu terbabas ke kawasan rumput di bahu kiri jalan dan merempuh sebatang pokok.
Baca artikel berkaitan : Empat maut, kemalangan empat kenderaan bermula langgar lopak air
“Akibat daripada kemalangan itu, kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mereka dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan diteruskan bagi memastikan punca kejadian sebenar di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

