Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani . GAMBAR: Abd Razak Aid

WARGA Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan untuk berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi dalam menghadapi bencana banjir tidak lama lagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau telah mengarahkan warga kontinjen, formasi, briged dan daerah PDRM meliputi anggota serta aset pasukan digerakkan pada bila-bila masa diperlukan.

Menurut Acryl Sani, pasukan keselamatan mengambil iktibar daripada bencana banjir terdahulu dalam bersiap sedia menghadapinya kali ini.

“Meskipun bencana banjir merupakan antara fenomena alam semula jadi yang sering melanda saban tahun terutama di Pantai Timur, namun tragedi banjir besar luar jangka yang melanda negara pada Disember 2021 benar-benar menguji kesiapsiagaan pasukan keselamatan termasuk PDRM menghadapi krisis.

“We hope for the best but we prepare for the worst.

Baca artikel berkaitan: Pengarah KDNKA dilantik Pengarah Operasi PDRM hadapi PRU-15 – Acryl

“Mengambil iktibar daripada bencana besar terdahulu, saya telah mengarahkan warga kontinjen, formasi, briged dan daerah PDRM berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi dalam menghadapi banjir.

“”InsyaAllah, kita belajar daripada pengalaman yang lepas, kita buat penambahbaikan yang perlu agar tindak balas PDRM dalam menghadapi bencana akan menjadi lebih efektif seterusnya kita dapat hulurkan bantuan tepat pada masanya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Amanat Ketua Polis Negara sempena Perhimpunan Bulanan PDRM, anjuran Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram