Video abang bomba tangkap sang bedal tahun 2017 kembali tular

Dari Penulis

SEJAK semalam tular satu klip video beberapa anggota menangkap seekor buaya naik ke darat di sebuah pekan.

Rata-rata yang melihat video tersebut meluahkan rasa kagum dengan keberanian anggota bomba terlibat.

Namun, masing-masing tertanya-tanya bila kejadian berlaku dan di mana dirakam.

Video tersebut dimuat naik oleh akaun TikTok Maga Deva dan selepas sehari ia telah ditonton hampir satu juta kali.

Video TikTok anggota bomba tangkap buaya yang kembali tular.

Hasil semakan UtusanTV, kejadian itu berlaku di sebuah pekan berdekatan Westlake Centre, Limbang pada tahun 2017.

Buaya sepanjang lima meter dengan berat satu tan itu dipercayai tersesat dari Sungai Limbang dan berkeliaran di hadapan kawasan rumah kedai.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Limbang ketika itu, Mohd Ali Mohd Salleh, pihaknya mengambil masa kira-kira 35 minit bagi menangkap buaya tersebut.

Katanya, buaya berkenaan diangkat menggunakan jentera “forklif” sebelum dipindahkan ke dalam lori bomba dan diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCMC, PDRM tumpaskan sindiket kecurian peralatan telekomunikasi di Sarawak

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak berjaya menumpaskan kegiatan penyimpanan peralatan telekomunikasi...

More Articles Like This