SEMBILAN lelaki warga tempatan ditahan selepas terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah bistro dekat Bukit Tengah, Seberang Perai, awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya menerima makluman beberapa leleki cedera akibat dipukul dengan objek tajam pada pukul 1.43 pagi.
Beliau berkata, pihaknya telah ke lokasi kejadian dan menahan sembian lelaki berusia 17 hingga 32 tahun.
“Punca pergaduhan dipercayai kerana perselisihan faham sehingga berlaku insiden pukul memukul antara satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kesemua individu yang terlibat mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam.
Cheng San berkata, kesemua individu direman selama empat hari dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

