USAHA Pakatan Harapan (PH) untuk melengahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah untuk cuba meraih kembali undi daripada orang Melayu.
Itu pendedahan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melihat PH seperti dalam keadaan terdesak ketika ini.
Menurut Ahmad Zahid, keterdesakan pembangkang itu boleh dilihat apabila mereka menggunakan isu banjir untuk mengelak pilihan raya umum diadakan segera.
“Malah menurut sumber sebuah portal, pemimpin gabungan itu diberitahu agar membangkitkan isu seperti bencana banjir dan kenaikan inflasi dengan harapan elak sebarang langkah pembubaran Parlimen dalam masa terdekat ini.
“Malah portal tersebut menyatakan beberapa badan pemikir ditugaskan untuk menjalankan penyelidikan mengenai sentimen pengundi terhadap PH dan dijemput membentangkan penemuan mereka.
“Daripada pembentangan data daripada tinjauan berasingan tersebut didapati penemuan utama ialah sokongan Melayu terhadap PH berada pada tahap paling rendah.
“Malah dikatakan tinjauan tersebut mendapati PH tidak akan mendapat lebih daripada 15 peratus undi Melayu pada PRU-15 jika pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikongsi di Facebooknya hari ini.
Baca lagi: Kenyataan Tommy Thomas rasis, Malaymophobia – Zahid Hamidi
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pihak pembangkang sehingga kini masih tidak membentangkan fakta mengenai banjir dan strategi untuk menyantuni rakyat ketika banjir melanda.
Beliau berkata, pembangkang juga masih tidak membentanglan strategi menangani inflasi untuk Malaysia yang kini melanda seluruh dunia.
“Sebaliknya pembangkang hanya lebih berminat untuk cuba memikirkan strategi untuk menang pilihan raya daripada memikirkan masalah rakyat dalam pemukiman tersebut.
“Ini menunjukkan sikap sebenar pembangkang. Yang anehnya terdapat sekutu bersama UMNO masih lagi terpedaya dengan dakyah pembangkang tersebut.
“Atau mereka sebenarnya ada motif mereka sendiri yang mereka sendiri untuk melengahkan pilihan raya umum sebelum musim tengkujuh bermula,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

