SEDANG bermacam kenyataan tidak enak dikeluarkan berkenaan hubungan politik antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas, Presiden kedua-dua parti tersebut mengambil inisiatif untuk bertemu mengadakan perbincangan.
Menurut Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau telah bertemu dan berbincang dengan Tan Sri Abdul Hadi Awang selama beberapa jam malam tadi.
Turut kelihatan dalam gambar yang dikongsi Muhyiddin berkenaan pertemuan tersebut ialah Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
“Alhamdulillah. Perbincangan selama dua jam malam tadi yang amat bermakna.
“Banyak perkara dipersetujui untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU-15),” katanya menerusi perkongsian di Facebook beliau hari ini.
Baca lagi: 300 ahli Bersatu, Warisan Putatan mohon sertai UMNO – Mahdzir
Terdahulu, Muhyiddin mengeluarkan kenyataan yang Barisan Nasional (BN) merupakan musuh paling utama PN dalam PRU-15.
Begitupun, kenyataan itu tidak disenangi beberapa pihak khususnya Pas yang mana Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan membidas kembali Muhyddin.
Menurut Takiyuddin, kenyataan itu janggal kerana pihak yang dilabelkan sebagai musuh utama tersebut adalah rakan muafakat dalam kerajaan yang dipimpin bersama.
Bersatu dan Pas masing-masing menggunakan pendekatan yang bertentangan – Bersatu yang merupakan parti serpihan mahu menggantikan UMNo, Pas pula mahu berkerjasama dengan parti tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

