“Susah nak dapat kerja?’ – Lambakan kedai cari pekerja, wanita ini kongsi peluang kerja kosong. Gaji sehingga RM3500

Dari Penulis

Sukar dapat kerja sehingga ramai graduan yang menganggur, itu kata majoriti anak muda di Malaysia. Namun hakikatnya terdapat lambakan kerja kosong yang diiklankan, namun dipandang sepi oleh segelintir generasi muda.

Menerusi perkongsian Noor Fathin Azlan, keadaan di salah sebuah pusat membeli belah di Shah Alam dilihat ketandusan tenaga pekerja dan rata-rata memaparkan iklan jawatan kosong.

Malah, melihat kepada respon pengikutnya di laman sosial, keadaan genting ini turut dirasai pemilik perniagaan lain walaupun mereka menawarkan gaji yang berpatutan dan manfaat cuti pada Sabtu dan Ahad.

“Kejadian ini berlaku di Central I-City Mall, Shah Alam.

Kiri kanan penuh dengan iklan jawatan kosong.

Jalan 2-3 langkah, ada iklan jawatan kosong.

Jalan lagi, iklan jawatan kosong lagi

Jalan lagi-lagi, iklan jawatan kosong lagi dan lagi.

Kedai ini semuanya saling bersebelahan dan berhadapan. Jiran sebelah menyebelah. Belum lagi di aras-aras yang lain.

Tapi, sangat tak faham bila ada yang cakap susah nak dapat kerja?

Hm ngaku jela nak kerja yang dalam office tu kan? Yang pakai necktie tu kan? Yang masuk pukul 9 pagi balik 6 petang tu kan? Yang cuti Sabtu Ahad tu kan? ?

Masalahnya, iklan untuk jawatan kosong untuk kerja dalam office masuk pukul 9 pagi balik 6 petang, cuti Sabtu Ahad pun ramai yang tak apply. Ke nak kerja dari rumah ni? ?

Btw, pada sesiapa yang memerlukan pekerjaan dengan segera, bolehlah hubungi number di bawah. Lokasi: Central I-City Mall, Shah Alam.”

Sumber : Noor Fathin Azlan


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Angkat Martabat Fiqh Madani, PU Riz Mahu Silibus Haji & Umrah Lahirkan Cendekiawan Islam Berwibawa

LANSKAP pendidikan Islam di Malaysia melakar satu lagi sejarah baharu menerusi pengenalan program akademik yang lebih holistik dan dinamik. Menyedari...

More Articles Like This