Tidak dinafikan sering sahaja tulisan berbentuk tip bagaimana menjadi kaya dengan menjaga amalan, solat sunat atau bacaan tertentu yang diamalkan pada waktu tertentu dikongsikan dan menjadi ikutan dan panduan buat masyarakat.

Malah tokoh usahawan, peniaga jutawan dan selebriti media sosial kerap kali berkongsi ibadah yang diamalkan sehingga berjaya mencapai tahap kekayaan yang diidamkan.

Namun teguran Muhd Hasyir ini seharusnya dijadikan ukuran dan pedoman kerana Allah amalan tidak sepatutnya diniatkan sebagai tukaran harta benda. Malah sentiasa tanamkan dalam hati, Allah adalah Pencipta dan kita hanya hamba-Nya.

“ALLAH BUKAN BANK

Aku tengok dah jadi banyak sangat sifu2 macam ni,

Ko solat gini2, zikir gini2, nnt Allah bagi cani2,

“Aku kaya berjaya sebab jaga amalan gini2”

Apa ingat Allah tu hutang kat kita ke?

DIA tak perlukan pada sesiapa atau amalan apa pun,

Kena sentiasa tanam dalam hati, siapa yang hamba dan siapa yang Pencipta

Lagi bodoh kalau fikir, siapa yang nak tukar amalan baik dia, untuk dunia yang sekejap ni,

Dan ingat, amalan tu mampu redeem hatta mata sekalipun?

Memang betul, Allah Maha Pemurah,

Tapi kalau sembang tahjud boleh berjaya business,

Jaga solat awal waktu penyebab dia kaya raya,

Apa sahabat2 Rasulullah ni, tak ada yang miskin ke?

Kenapa buka mereka yang paling kaya dan bersenang-lenang?

Level sahabat dengan kita ni, alahai, debu pun kita ni tak sampai

Rezeki kaya, miskin, berpengaruh, susah, senang, dan bernafas senang – semua diberi oleh Dia.

Dan semua rezeki itu ujian.

Kejayaan tu bila dah lepas alam Dunia ni,

So, stop la sebar2kan amalan yang macam “isi dokumen” , submit dan bank akan bagi.

Semua ni, ujian. Boleh jadi atas keberkatan atau istidraj.

Belajar yakin serah bulat2, dan nanti akan faham,

Insya Allah. Sy pun belajar2 lagi

**Ini luahan dan pandangan peribadi aku je,

Tak setuju, boleh PM tepi.”

Sumber : Muhd Hasyir