24 jam dalam kesibukan kerja hingga ada kalanya mental ‘koyak’ dengan situasi yang menekan. Dengan kerja yang tidak pernah habis, pergi dan balik kerja mengadap jem, meeting yang tak kenal siang malam kerana ada juga ‘bos besar’ yang tidak hirau waktu bersama keluarga…arghhh tertekannya.

Begitulah perasaan majoriti yang bekerja di bandar metropolitan yang dikelilingi hutan batu. Sesekali set dalam minda, ambil cuti dan tutup semua alat perhubungan. Bawa keluarga menjejak kembali alam sekitar. Nikmati dan tenangkan fikiran tanpa fikiran masalah lain.

Perkongsian Encik Kasim akan pengalamannya berkhemah dan bertemu insan hebat ini cukup memberi inspirasi. Ulasnya, aktiviti perkhemahan ini tidak mengenal status, semuanya sama, inginkan ketenangan minda.

“Camping Tak Kenal Status

Ternampak satu post dalam group nie tentang camping boleh buat kawan. Tapi aku nak cerita experience aku pulak.

👉  “Masuk je campsite, nampak dah kereta berbaris penuh. Tapi mata aku tertumpu kat satu kereta nie. BMW X7. Dasat kereta nie bawak masuk camping 🤣🤣.

Dipendekkan cerita, aku pun bercampinglah macam biasa. Dan macam biasa juga, aku kalau bila malam je selalu tegur campers sebelah menyebelah”.

Campers sebelah aku umur dalam akhir 40-an. Tapi boleh masuk kepala. Aku sembang dengan dia dari jam 8 malam sampai 2 pagi. Tah berapa cawan 3 in 1 aku pun tak tau. 🤣

Habis je dia suruh anak dia buat. Cawan kosong je,  bini dia tolong buat kan. Peralatan camping semua complete. Semua jenama Dechatlon. Even cawan pun cawan hijau  dechatlon jugak. 😝😝

Dan last skali, aku tahu pemilik kereta BMW X7 tue ialah buddy sembang aku nie. Itu pun masa wife dia minta tolong amik barang dalam kereta.

 Apa Yang Aku Belajar?

1️⃣ DIA LAYAK JADI KAYA. Yaaaaa. Dia layak jadi kaya. Sembang dengan dia 6 jam, memang nampak sangat dia sangat berilmu. Kejap masuk bab camping, kejap masuk bab ekonomi, kejap sembang bab tempat melancong. Ehhh… Semua benda dia tahu lah.

2️⃣ HUMBLE. Tak pernah citer pun tentang diri dia. Semua citer tentang benda berilmu. Nak tambah perisa, masuk waktu solat je dia suruh anak dia solat. Aku pulak jadi segan sebab datang khemah dia pakai seluar pendek jer.

3️⃣ SUAMI YANG BAIK. Aku tengok dia buat semua kerja. Siap aku tegur lagi. ====>   “Untung bini abang dapat laki macam nie. Semua benda buat”. Dia la pasang khemah, dia la jemur baju basah anak, dia la basuh pinggan. Bini masak je.

Seronok dapat laki mcm nie 😝

===============

Dan last sekali aku dapat tau dia bertittle “Dato” masa nak balik. Time Dato tengah buka khemah (nak balik), ada campers baru masuk dan ada orang tegur dia.

 Allahu. Ada ‘tittle’ rupanya.

⭕⭕ Hal ini buat aku demam juga sebenarnya. Demam 3 hari. Bukan sebab dia ada tittle Dato, sebab conversation sepanjang malam aku dengan dia.

Convesation yang mana bila kita sembang dengan orang, kita dapat rasa AURA hebat dia tanpa tahu dia ada tittle.

👉 Dia ada group nie juga sebab ada juga sembang tentang group nie.

Semoga murah rezeki Dato. Semoga berjaya dunia akhirat. Itu je saya nak cakap.

p/s: gambar google.”

Sumber : Encik Kasim