Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan 14 akta termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang diluluskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 lepas.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, akta lain ialah Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2022; Akta Sistem Insurans Pekerja (Pindaan) 2022; Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022 dan Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022.

Selain itu, Akta Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022; Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022; Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022; Akta Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2022 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022.

Baca artikel berkaitan: Cabaran ekonomi, persiapan banjir tumpuan hari pertama Dewan Rakyat

Akta yang turut diperkenan Yang di-Pertuan Agong ialah Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022; Akta Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022; Akta Racun (Pindaan) 2022 dan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.

Azhar berkata demikian pada permulaan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut memaklumkan dewan mengenai perutusan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim yang menyatakan persetujuan Dewan Negara terhadap kesemua 25 rang udang-undang diluluskan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-14.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This