Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi GAMBAR: Abd Razak Aid

KEPUTUSAN UMNO untuk memecat dan menggantung keahlian beberapa ahlinya dibuat secara kolektif dan musyawarah.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut dilakukan semata-mata demi kepentingan parti.

Menurut beliau, tiada mana-mana individu berkepentingan di sebalik keputusan berkenaan.

Malah, Ahmad Zahid menegaskan tindakan itu diputuskan secara bersama demi kemaslahatan UMNO.

Beliau menjelaskan, kemuafakatan, kebersamaan serta perpaduan UMNO bergerak sehati sejiwa perlu diperkasakan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Sebarang anasir yang boleh memecah-belah atau mengganggu-gugat ditangani sebaik mungkin dengan respons sewajarnya.

“Begitu juga terhadap anasir dalaman yang berusaha memburuk-burukkan institusi kepimpinan parti yang menjadi benteng kepada perjuangan UMNO.

“Jika institusi ini dilemahkan dengan anasir dalaman yang merekayasa dakyah dan tohmahan, tentunya akan merosakkan keharmonian,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel berkaitan: UMNO tidak pernah padamkan agenda penyatuan ummah – Zahid

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menegaskan tindakan seperti itu bukan dilakukan UMNO sahaja kerana parti politik lain juga akan melakukan tindakan serupa bagi memastikan institusi kepimpinannya dihormati.

Katanya, apa yang telah berlaku adalah penegasan parti bahawa UMNO tidak pernah mengenai UMNO kerana parti itu adalah tentang rakyat dan negara.

“Seperti saya katakan, kini bukan masa untuk menoleh. UMNO telah mengambil tindakan dan keputusan bersama demi kepentingan parti ini.

“UMNO adalah sebuah perjuangan agama, bangsa dan tanah air. Kesilapan lalu tidak boleh berulang. Gunting dalam lipatan perlu dikekang.

“Gerak kerja PRU-15 menjadi fokus utama sehingga tiba tarikh penting itu. UMNO akan terus mara demi rakyat Malaysia!,” tegas beliau.

Pada mesyuarat MT UMNO Jumaat lepas, parti itu memutuskan untuk memecat Datuk Zaharin Mohd Yasin daripada menjadi ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Sementara itu, semalam media melaporkan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail mengesahkan beliau serta Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digantung keahlian parti selama enam tahun.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram