Istana Negara nafi PM menghadap Agong mohon bubar Parlimen hari ini

Dari Penulis

ISTANA Negara menafikan dakwaan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, hari ini bagi memohon pembubaran Parlimen.

Pengesahan itu dilakukan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin seperti dilaporkan portal berita Free Malaysia Today.

Menurut Ahmad Fadil, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berada di Singapura.

“(Ia) berita palsu. Tuanku masih di Singapura,” katanya menerusi pesanan dalam aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, portal berita sama turut melaporkan sumber rapat kepada Perdana Menteri memaklumkan jadual Ismail Sabri dipenuhi mesyuarat pada hari ini.

Malah, kata sumber itu, Perdana Menteri tidak dijadualkan untuk urusan menghadap di Istana Negara dalam beberapa hari ini.

Terdahulu, blogger dan aktivis, Datuk Zaharin Mohd. Yasin menerusi hantaran Facebook menjangkakan Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU-15 tahun ini juga – MKT UMNO

Zaharin yang telah dipecat keahliannya daripada UMNO berkata, Ismail Sabri akan diiringi Datuk Seri Ahmad Maslan bagi memohon pembubaran Parlimen.

“Khabar cerita esok pagi (hari ini) Datuk Seri Ismail Sabri diiringi oleh Datuk Seri Ahmad Maslan mewakili (Datuk Seri Dr.) Ahmad Zahid Hamidi akan pergi ke Istana Negara menghantar surat bagi meminta Parlimen dibubarkan segera,” katanya dalam hantaran tersebut.

Jumaat lalu, Ahmad berkata, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membolehkan PRU-15 diadakan tahun ini juga.

Keputusan pembubaran Parlimen itu adalah antara ketetapan dicapai dalam mesyuarat MKT UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kenyataan MB Johor mengenai DAP: ‘Tak perlu mana-mana pihak terlalu melatah’

MANA-MANA pihak diingatkan tidak perlu terlalu melatah atau keterlaluan dalam mengkritik kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi...

More Articles Like This