manusia seringkali lupa

Dalam kesibukan manusia hari ini mengejar wang dan waktu bersama keluarga, ada ketika sehingga mereka terlupa tentang kewajipan yang wajib dipenuhi terhadap muslim yang lain. Seperti hadis Nabi s.a.w. dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda,

“Kewajipan muslim ke atas muslim yang lain ada lima, menjawab salam, memberikan nasihat, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke kuburan, memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” (HR Muslim)

Apabila seorang muslim memberi salam kepada muslim yang lain, itu adalah sebuah doa. Jadi orang yang mendengarnya mesti mendoakan semula dengan menjawab salam. Jika memberi salam itu sunnah, maka menjawab salam itu hukumnya wajib.

Seringkali manusia ini lupa atau alpa, dan seringkali juga manusia terleka sehingga melakukan perbuatan yang sia-sia. Namun sebagai manusia, mereka dipertanggungjawabkan untuk saling nasihat menasihati ke arah kebaikan tanpa perlu melihat kepada status diri sama ada pendosa atau tidak. Kerana setiap manusia terutama muslim wajib menegur dan menasihati kepada kebaikan.

Kemudian menziarahi orang yang sedang sakit dipercayai dapat memberikannya semangat untuk terus sembuh dengan kehadiran saudara mara dan rakan-rakan. Menziarahi orang yang sakit juga dapat mengeratkan silaturrahim. Malah ia juga mampu menjadi medan dakwah terutama kepada belum muslim.

Kewajipan ke atas muslim yang lain juga adalah memenuhi jemputan sebagai tanda penghormatan kepadanya. Apabila jemputan dipenuhi maka secara langsung mengeratkan lagi hubungan yang terjalin dan memberi keceriaan kepada tuan rumah.

Selain itu juga, mengiringi jenazah ke kuburan adalah sebagai penghormatan terakhir kepada jenazah saudara muslimnya. Malah dengan mengiringi jenazah ke perkuburan juga mampu memberi kesedaran kepada diri sendiri bahawa tiada manusia yang kekal di dunia. Sampai masanya kita semua akan menuju kea lam sana.

Akhir sekali adalah mendoakan saudara yang bersin. Sunnah bagi muslim yang bersin untuk mengucapkan Alhamdulillah dan muslim yang mendengarnya perlu menjawab yarhamukallah kemudian dia membalas dengan yahdikumullah.

Sesungguhnya itulah ikatan yang dibina dalam syariat Islam untuk umatnya agar saling sayang-menyayang antara sesama manusia terutama sesama muslim. Dengan itu manusia akan saling hidup berharmoni dan saling lengkap melengkapi. Wallahu a’lam

_______________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare