Kes Zara Qairina: Proses bedah siasat jenazah bermula pukul 9 pagi

Dari Penulis

PROSES bedah siasat jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Papar, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir bermula kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Berita Harian melaporkan, peguam keluarga Allahyarhamah, Hamid Ismail berkata, proses yang diadakan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) itu diketuai oleh pakar patologi Dr Jessie Hiu.

Terdahulu, jenazah tiba di hospital berkenaan pada pukul 10.30 malam tadi selepas selesai digali semula dari Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi di Sipitang, kira-kira tiga jam sebelum itu.

Jenazah kemudian dibawa ke Jabatan Radiologi untuk pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) sebelum disimpan di Jabatan Perubatan Forensik.

Baca artikel lain: PM nyatakan rasa bangga terhadap pencapaian qari, qariah Malaysia

Kira-kira 100 ahli keluarga, kenalan dan penduduk setempat hadir menyaksikan proses penggalian semula kubur jenazah Allahyarham Zara Qairina yang menunggu sejak tengah hari.

Proses itu dikawal sepasukan anggota polis bagi memastikan ia berjalan lancar sambil dipantau pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Jenazah Allahyarhamah Zara Qairina dikebumikan pada 17 Julai lalu selepas disahkan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama SMKA Tun Datu Mustapha sehari sebelum itu.

Penggalian semula kubur dilakukan selepas mendapat perintah Majistret Zuraini Ali Musa melalui prosiding secara aplikasi Zoom yang didengar di Ibu Pejabat Polis Daerah Papar tengah hari semalam.

Sebelum ini, keluarga arwah meminta kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan proses bedah siasat dilakukan agar dapat melengkapkan siasatan berhubung punca kematian pelajar terbabit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This