Malaysia tidak menuju ke arah krisis ekonomi, kewangan – Tengku Zafrul

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MALAYSIA tidak berhadapan atau menuju ke arah sebarang krisis ekonomi atau kewangan seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

Itu penegasan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika menjawab isu keadaan ekonomi negara yang didakwa menuju ke arah ‘kritikal’ ketika ini.

Menurut Tengku Zafrul, asas-asas ekonomi dan sistem kewangan Malaysia kini jauh berbeza susulan pelbagai pembaharuan yang dilaksanakan.

Jelas beliau, antaranya  termasuk struktur ekonomi domestik yang lebih pelbagai, disokong oleh sistem kewangan yang bemodal baik dan kedudukan luaran yang kukuh.

“Sebagai contoh, pasaran kewangan negara sekarang sangat terbuka dengan penyertaan pelabur asing yang tinggi, dan kita mempunyai lebihan akaun semasa, didorong oleh eksport yang pelbagai.

“Setakat tahun ini, akaun semasa kekal positif dengan jumlah RM3.0 bilion pada suku pertama dan RM4.4 bilion pada suku kedua.

“Walaupun kini kita dilanda beberapa cabaran yang berpunca daripada faktor luaran yang di luar kawalan kerajaan, saya ingin menegaskan bahawa negara kita tidak berhadapan atau menuju ke arah sebarang krisis ekonomi atau kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) berhubung kemungkinan sekiranya negara sedang mengalami krisis kewangan berikutan nilai Ringgit Malaysia terjunam berbanding dolar AS, kadar inflasi yang kian genting, serta hutang Kerajaan Persekutuan yang meruncing.

Baca lagi: Ekonomi Malaysia di landasan kukuh dan stabil – Tengku Zafrul

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, definisi krisis ekonomi bagi sesebuah negara perlu difahami terlebih dahulu sebelum sebarang dakwaan tidak berasas dikeluarkan.

Katanya, antara definisi krisis ekonomi adalah apabila pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merudum, pengganguran mencanak naik, perniagaan tutup sehingga mengakibatkan hutang lapuk yang tinggi dan kesan buruk kepada bank-bank.

Jelas Tengku Zafrul, Malaysia setakat ini pernah mengalami keadaan sedemikian iaitu semasa krisis kewangan pada 1997-1998 dan krisis ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Surat bahasa Cina MBIP berlaku era PH, bukan pentadbiran sekarang – Exco

KERAJAAN Johor menegaskan isu surat rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dan kembali tular di...

More Articles Like This