Zul Ariffin mengaku bersalah muat naik video sumbang, didenda RM30,000

Dari Penulis

PELAKON Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah memuat naik kandungan sumbang di akaun Instagram miliknya pada 18 Mac lalu.

Zul atau Zulkifli Ariffin,36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim Noorhisham Mohd Jaafar di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor, hari ini.

Zul selaku plaintif diwakili oleh dua peguam iaitu Saresh Mahendaren dan Sivaram Prasad.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin cetus kontroversi, kongsi babak panas ‘ala’ filem lucah!, Video adegan panas Zul Ariffin: Along Kamaludin rasa jelek, kecewa & rosakkan industri seni!, Zul Ariffin disiasat mengikut Seksyen 233 – Annuar Musa, Zul Ariffin sudah beri kerjasama dengan SKMM, Zul Ariffin mohon maaf kongsi babak panas, janji akan lebih berhati-hati

Pelakon itu hadir ke mahkamah pada pukul 8.15 pagi dengan memakai sut berwarna kelabu.

Penerbit filem Gayatri Su-Lin Pillai dan pengurusnya turut berada di mahkamah bagi menemani Zul.

Terdahulu, Zul mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video adegan panas lakonannya bersama seorang pelakon wanita di Instagramnya.

Video terbabit merupakan ‘teaser’ sebuah drama bersiri yang sepatutnya di tayangkan beberapa bulan lalu.

Perbuatannya itu bukan sahaja mengundang komen negatif netizen malah ia turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, Menteri Agama Datuk Idris Ahmad, dan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This