Resipi singgang ikan pedas ini memang sedap. Sepinggan nasi pasti tidak cukup. Jom ikuti bahan dan cara penyediaan resipi yang mudah disediakan ini.

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kerisi
2 ulas bawang merah – ketuk
2 batang serai – ketuk
5 gm kunyit hidup
10 gm lengkuas
3 keping asam keping
30 ml cili boh
Gula dan garam

CARA MENYEDIAKAN:
1.Masukkan tiga cawan air ke dalam periuk. Kemudian masukkan asam keping.
2.Selepas itu masukkan kunyit dan lengkuas yang telah dihiris nipis serta bawang merah dan serai yang telah diketuk.
3.Kemudian masukkan pula cili boh, kacau hingga sebati.
4.Apabila mendidih, masukkan pula ikan. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa dan biarkan sehingga ikan masak.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik.

@majalahsaji Satu lagi port nasi kandar sedap di Jalan TAR #makanlokal #malaysiafoodie #myfoodie #nasikandarpenang ♬ Nasi Kandar – M.Shariff & Maidin Kedai Kopi

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram