12 murid cedera, van sekolah terbabas dekat SKVE

Dari Penulis

SERAMAI 12 murid sekolah rendah dan seorang pemandu cedera selepas van sekolah yang dinaiki terbabas di Kilometer 6.7, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), 2 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ketika kejadian, pemandu berusia 35 tahun sedang memandu dari Kajang ke Tol Ayer Hitam.

Katanya, van yang membawa murid berusia lapan hingga 12 tahun itu telah hilang kawalan sebelum terbabas sendiri.

Beliau berkata, kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang bagi menerima rawatan.

“Pemandu mengalami patah kaki kiri manakala dua murid lagi berada di zon merah akibat kecederaan di kepala dan tulang bahu, serta patah tangan kanan.

“Enam murid lagi telah menerima rawatan pesakit luar dan telah dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, ketika kejadian cuaca dalam keadaan baik dan permukaan jalan adalah kering.

Sehubungan itu, kes kini disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki didakwa pasang skimmer ATM, cuba curi data pelanggan bank

TAKTIK licik dua lelaki tempatan memasang peranti skimmer pada mesin juruwang automatik (ATM) bagi mencuri maklumat perbankan pelanggan berjaya...

More Articles Like This