‘Daripada berlari-lari anak, ini masa untuk memecut’ – Rafizi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“DARIPADA berlari-lari anak beberapa bulan lalu, ini masa untuk memecut.”

Itu kata Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menunjukkan kesediaan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Dalam ciapan di Twitter, Rafizi berikrar untuk melakukan yang terbaik dalam PRU-15 itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, kemenangan atau kekalahan ditentukan Allah.

“Kita akan buat yang terbaik. Seperti saya selalu ulang, menang kalah (pada PRU) Allah telah tetapkan.

“Yang penting, kita berusaha terbaik untuk terus bawa Malaysia ke landasan lebih baik.

“Daripada berlari-lari anak beberapa bulan lalu, ini masa untuk memecut,” katanya.

Terdahulu, Parlimen sah dibubarkan berkuat kuasa hari ini selepas Perdana Menteri memaklumkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, tengah hari semalam bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen.

Susulan itu, Perdana Menteri mengesyorkan semua Ketua Menteri dan Menteri Besar, kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor menghadap Sultan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Baca artikel berkaitan: 94,411 pegawai, anggota PDRM digerakkan hadapi PRU-15

Langkah itu, kata beliau, bagi memberi laluan supaya pilihan raya negeri (PRN) dan PRU dapat diadakan serentak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meskipun beberapa negeri telah memutuskan tidak membubarkan DUN masing-masing.

Sebagai rekod, beberapa negeri iaitu Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor telah pun selesai mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) masing-masing.

Tiga negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pula dilaporkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing tidak akan dibubarkan sehingga tahun hadapan.

Perkara sama dibuat negeri di bawah pentadbiran Pas iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akmal cabar PM buang semua MP UMNO jika BN tiada peranan

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, mencabar Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menyingkirkan semua Ahli Parlimen UMNO daripada...

More Articles Like This