Polis jumpa mayat reput di lokasi kereta terbabas

Dari Penulis

POLIS menemui mayat seorang wanita dalam keadaan reput di lokasi kejadian kemalangan sebuah kereta yang terbabas di tepi longkang, berhampiran lampu isyarat Jalan Besar Tambun, Perak, awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menemui mayat tersebut lebih kurang dua meter dari lokasi kejadian.

Beliau berkata, pihaknya menerima makluman pada pukul 5.25 pagi menyatakan berlaku kemalangan melibatkan sebuah Proton Iswara Aeroback yang dipandu seorang lelaki tempatan.

“Mayat disyaki seorang wanita itu berada dalam keadaan berpakaian lengkap dan tiada kesan kecederaan yang ketara pada tubuh badannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mayat tersebut telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permasuri Bainun, Ipoh bagi tujuan bedah siasat dan punca kematian.

Sehubungan itu, kes kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Mohd Yusri berkata, pihaknya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk tampil berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Josin Amatin di talian 016-2222491 bagi membantu siasatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This