[VIDEO] Terpaksa didukung turun pentas, keadaan Zamani runtun jiwa & sebak peminat

Dari Penulis

BUAT peminat terkenal Zamani pasti mengetahui penyanyi itu menghidap skoliosis atau masalah tulang belakang melengkung sejak beberapa tahun lalu.

Meskipun diduga dengan masalah kesihatan, namun pelantun Gerimis Mengundang itu tetap memberikan komitmen dengan menghiburkan peminatnya di pentas persembahan.

Terbaharu, satu video di TikTok yang dimuat oleh @azuraudanggalah, memaparkan Zamani sedang didukung oleh beberapa orang lelaki untuk turun dari pentas, telah mengundang hiba warganet.

Difahamkan, ketika video berdurasi 27 saat itu di muat naik, Zamani baharu selesai membuat persembahan di Pesta Orkid, Dataran Rompin, Kuala Romping, Pahang, kelmarin.

Malah, peminat yang hadir menyaksikan persembahan artis kesayangan mereka itu, tidak sampai hati untuk bergambar berikutan keadaan Zamani yang cukup meruntun jiwa semua orang.

“Sedih lihat keadaan Zamani sewaktu habis show malam tadi di Dataran Rompin.

“Kebetulan saya ada dekat situ dan sempatlah rakam. Nak ajak selfie dah tak sampai hati tengok keadaan dia.

“Semoga diangkat segala kesakitan dan diberi kesembuhan kepada Zamani,” tulis pemilik video terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok mendoakan kesembuhan penyanyi berusia 51 tahun itu dan kembali sihat seperti sebelum ini.

“Ramai-ramailah mendoakan untuknya. Semoga Allah makbulkan doa kita.

“Allahuakbar, semoga Zamani diberikan kekuatan untuk melawan penyakitnya.

“Aduh sedihnya tengok keadaan dia. Ni masa dia, masa kita nanti tak tahu macam mana nanti.

“Dalam keadaan macam tu, dia masih lagi boleh senyunm untuk peminat dia. Semoga Zamani cepat sembuh,” tulis warganet.

Untuk info, Zamani bakal menjalani pembedahan tulang belakang bengkok pada November ini.

@azuraudanggalah

Sedih lihat keadaan Zamani sewaktu habis show malam tadi di dataran Rompin.. kebetulan aku ada kt situ dan sempat lh rakam.. nk ajak selfie dh tk sampai hati tgk keadaan dia..semuga diangkat segala kesakitan dan diberi kesembuhan kepada Zamani..#Allahu #sebak #zamanislam_official

♬ Gerimis Mengundang – Album Version – Slam

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This