Lesti Kejora minta izin Rizky Billar tunai umrah hanya melalui WhatsApp, diselar isteri tidak baik

Dari Penulis

KETIKA ini penyanyi dangdut Indonesia, Lesti Kejora sedang mengerjakan umrah bersama keluarganya setelah keluar dari hospital.

Biarpun berita mengenai dirinya dipukul suaminya yang juga selebriti Rizky Billar sedang hangat dilaporkan pihak media di negara itu, namun Lesti sempat bersama ibu bapa dan anak lelakinya, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar ke Tanah Suci Mekah.

Sungguhpun Lesti sudah meminta keizinan Rizky menerusi pesanan WhatsApp, namun rupa-rupanya Rizky tidak disenangi lelaki itu.

Menurut peguam Rizky iaitu Ade Erfil, tindakan Lesti yang tidak bertemu dengan Rizky sebelum berangkat menunaikan ibadah umrah sebagai tidak beradab.

“Seharusnya sebagai isteri, dia datang ke rumah suami dan minta izin untuk pergi umrah. Mereka masih suami dan isteri.

“Apakah ini yang dikatakan seorang isteri yang baik? Apakah kerana dia memiliki kekayaan? Jadi seorang isteri boleh sesuka hati hanya minta izin melalui WhatsApp.

“Di mana harga diri suami?,” kata Ade seperti memetik laporan Detik.com.

Kisah pergolakan rumah tangga pasangan ini menjadi sorotan selepas Lesti mendedahkan suaminya telah melakukan kekerasan selain turut mencederakan dirinya.

Malah, Lesti juga sudah membuat laporan polia terhadap Rizky.

Sementara itu, menerusi laporan pihak media negara itu, Rizky pernah melafazkan talak satu terhadap Lesti ketika mereka bergaduh di rumah, sebelum ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This