Bagi penggemar udang, resipi udang goreng asam ini harus anda cuba. Rasa juadah ini memang sedap. Tidak menggunakan banyak bahan dan mudah disediakan.

BAHAN-BAHAN:
1 kg udang besar
80 gm asam jawa
1 sudu kecil stok ikan bilis
2 tangkai cili merah – hiris
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng

CARA MENYEDIAKAN:
1.Udang dibersihkan lalu diketepikan. Kemudian perapkan udang dengan asam jawa, stok ikan bilis dan sedikit garam. Lebihan air asam jawa, jangan dibuang.
2.Panaskan minyak, masukkan udang dan goreng sehingga udang masak. Angkat dan ketepikan.
3.Tinggalkan satu sudu besar, lebihan minyak gorengan. Masukkan lebihan air asam jawa dan hirisan cili merah. Masak sehingga sos pekat.
4.Masukkan udang, gaulkan sebati. Angkat dan hidangkan.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik.

@majalahsaji Port makan sedap di Port Dickson. Wajib singgah kalau anda ke sana #makanlokal #malaysianfoodie #myfoodie #tiktokfoodie #foodiesmalaya ♬ Rasa Sunset – saykoji tukang rap

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram