Lelaki berkempen PRU15, halang tugas polis ditahan

Dari Penulis

Seorang pemimpin peringkat akar umbi sebuah parti politik ditahan kerana disyaki melakukan provokasi dan menghalang tugas anggota polis di Taman Koperasi Polis Fasa 2,Kuala Lumpur petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung tindakannya memberikan ucapan awam menggunakan pembesar suara dan menghalang lalu lintas kira-kira 5.45 petang.

Beliau berkata polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati lelaki terbabit sedang memegang sebatang kayu yang diikat bersama bendera parti politik dan berkempen berhubung Pilihan Raya Umum ke-15.

“Kita menasihati individu tersebut untuk beredar tetapi dia enggan dan bertindak melakukan provokasi. 

Individu itu dibebaskan hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana  menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas serta Seksyen 283 Kanun Keseksaan kerana telah membuat halangan di jalan awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This