
SEORANG wanita ditahan selepas memandu secara berbahaya di Jalan Tebrau, Johor Bahru, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi sebuah video tular yang memaparkan pemandu Toyota Fortuner memandu secara melulu terhadap sebuah Perodua Axia.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang wanita warga tempatan pada pukul 8.33 malam.
“Bertindak atas maklumat, pemilik Toyota Fortuner telah dikesan dan polis berjaya menahan suspek seorang wanita berusia 40 tahun.
“Siasatan mendapati suspek sengaja memberhentikan keretanya sehingga menyebabkan mangsa membrek secara mengejut dan hampir dirempuh sebuah treler yang berada di belakang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Pelumba drag maut terbabas ketika perlumbaan
Raub berkata, pihaknya telah menyita kenderaan suspek dan hasil ujian saringan adalah negatif dadah dan alkohol.
Katanya, suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu hasil siasatan lengkap.
Sehubungan itu, kes kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram