Bergaduh kerana pasukan kampung kalah dalam perlawanan bola sepak

Dari Penulis

SERAMAI 15 hingga 30 orang penyokong bola sepak di daerah Kuala Berang, Terengganu bergaduh sehingga mengakibatkan kerosakan pagar bahagian padang dan cermin kedai makan, semalam.

Pergaduhan itu terjadi berikutan provokasi melampau selepas tamat perlawanan bola sepak peringkat suku akhir antara dua pasukan mewakili dua kampung.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, perlawanan berkesudahan dengan kampung Matang FC menang dengan jarirangn 1-0 menentang Bima FC di Padang Astaka.

“Selepas tamat perlawanan berlaku provokasi antara kedua-dua pihak hingga berlaku kekecohan di luar padang.

“Kedua-dua belah pihak melakukan provokasi membabitkan anggaran antara 15 hingga 30 orang lelaki di kawasan premis sebuah kedai makan berhampiran kawasan perlawanan,” katanya.

Baca lagi: Selisih faham punca gaduh di Jalan Usahawan, Setapak – polis

Menurutnya, pada 6.55 petang, pihaknya mengarahkan anggota peronda bertugas ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan dan kekecohan berjaya dileraikan tidak lama kemudian.

Katanya, siasatan mendapati berlaku beberapa kerosakan di pagar padang bola sepak dan cermin dinding di salah sebuah kedai makan turut pecah akibat kejadian.

Beliau berkata, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa.

Tambahnya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu, sudah memanggil penganjur perlawanan dan kedua-dua pihak pengurusan pasukan bola sepak terbabit ke IPD Hulu Terengganu untuk siasatan berkaitan kejadian.

“Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat memandangkan pihak berkaitan belum membuat laporan polis.

“Kita meminta penyokong pasukan bola sepak di daerah ini lebih rasional dan tidak melakukan provokasi melampau hingga mengundang rasa tidak puas hati dan secara tidak langsung tercetusnya pergaduhan,” katanya.

Difahamkan kedua-dua pasukan berentap pada Kejohanan Bola Sepak Piala Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This