Perdana Menteri arah pemulihan segera sekolah agama terbakar di Kelantan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kerja pemulihan Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Ulum Muhammadiah di Bachok, Kelantan yang terbakar petang kelmarin, disegerakan.

Menurut Anwar, Kerajaan MADANI akan menyegerakan bantuan yang diperlukan serta bekerjasama dengan semua pihak bagi mempercepatkan kerja pemulihan dan memastikan sekolah itu kembali berfungsi seperti sediakala.

Katanya, keselamatan, keselesaan dan kebajikan anak-anak dalam menuntut ilmu sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan.

“Insiden ini merupakan satu ujian besar buat warga SMU(A) Darul Ulum Muhammadiah. Saya telah arahkan Kementerian Pendidikan, ICU JPM dan agensi-agensi lain yang terlibat untuk menyegerakan tindakan tuntas.

“Keutamaan kita ketika ini adalah memastikan keselamatan pelajar dan kelancaran pembelajaran yang terjejas akibat kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, dalam kejadian jam 3.37 petang Ahad lalu, tiga blok bangunan sekolah berkenaan musnah terbakar membabitkan blok akademik, bilik penyelia dan asrama pelajar lelaki.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor bakal buat laporan polis

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa beliau...

More Articles Like This