Tan Sri Abdul Hamid Bador. Gambar: Facebook Hamid Bador

GERAKAN Tanah Air (GTA) dilaporkan bakal menyenaraikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai calon gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perkara itu dimaklumkan sendiri Timbalan Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Mohamad Jani Ismail seperti dilaporkan BH Online. 

Menurut Mohamad Jani, nama Abdul Hamid memang termasuk dalam senarai dicadangkan sebagai calon di Parlimen Rembau. 

Jelas beliau, Ahmad Idham pula dicadangkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson. 

“Kedua-dua nama individu berkenaan termasuk dalam senarai yang saya bawa ke peringkat pucuk pimpinan sebagai calon GTA Negeri Sembilan menerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

“Keputusan sama ada Abdul Hamid terpilih calon bertanding di Parlimen Rembau dan Ahmad Idham bagi kerusi Parlimen Port Dickson akan ditentukan pucuk pimpinan tertinggi parti,” katanya. 

Sekiranya disahkan Abdul Hamid bertanding di Parlimen Rembau, keputusan itu bakal menyaksikan bekas Ketua Polis Negara itu berhadapan dengan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. 

Baca artikel berkaitan: Ahmad Idham dilantik Ketua Penerangan GTA Negeri Sembilan

Mengulas mengenai keputusan itu, Mohamad Jani yang juga Timbalan Pengerusi GTA memaklumkan, gabungan itu perlu meletakkan nama besar seperti Abdul Hamid dan Ahmad Idham bagi memberikan saingan sengit di kedua-dua kerusi berkenaan. 

“Bagi saya buat masa ini dialah (Abdul Hamid) calon paling terbaik untuk GTA di Parlimen Rembau, lebih-lebih lagi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dikhabarkan akan bertanding di situ kali ini,” katanya.

Beliau berkata, walaupun keputusan muktamad akan ditentukan pucuk pimpinan tidak lama lagi, namun Ahmad Idham yang baru dilantik sebagai Ketua Penerangan GTA Negeri Sembilan, dilihat tokoh yang boleh memberikan saingan di kerusi Port Dickson.

“Kita (GTA) perlu letakkan nama besar seperti Abdul Hamid dan Ahmad Idham untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya kali ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram