GTA tidak bekerjasama dengan BN, PN, PH selepas PRU-15 – Tun M

Dari Penulis

GERAKAN Tanah Air (GTA) tidak akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata GTA mempunyai pilihan lain sekiranya hendak menjalinkan kerjasama iaitu dengan parti-parti lain di Sabah dan Sarawak serta wakil rakyat Bebas.

“Ada pilihan tapi bukan yang tiga yang saya sebutkan tadi. Bukan BN, bukan PN, bukan PH.

“Terdapat beberapa parti di Sabah dan Sarawak dan beberapa parti termasuk di Semenanjung, malah dengan Bebas, yang kita boleh bekerjasama jika mereka mematuhi piawaian kita,” katanya pada sidang media selepas program rapat umum GTA malam tadi.

Baca artikel lain: GTA perkenal Agenda Baharu berteras lima prinsip

Turut hadir isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Timbalan Presiden Pejuang Datuk Marzuki Yahya, yang juga calon GTA di Parlimen Sungai Petani.

GTA merupakan pakatan empat parti politik iaitu Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) serta gabungan badan bukan kerajaan yang membentuk Gagasan Bangsa (GB).

Pada PRU-15, calon GTA bertanding menggunakan logo Pejuang kecuali di Kelantan yang menggunakan logo Putra.

Dr Mahathir berkata beliau tidak kisah sekiranya GTA tidak menjadi sebahagian daripada kerajaan disebabkan enggan bekerjasama sama ada dengan BN, PN dan PH.

Beliau berpendapat adalah lebih baik wakil rakyat GTA menjadi pembangkang daripada bekerjasama dengan mana-mana individu yang disifatkannya sebagai penyangak.

Sementara itu, bekas perdana menteri itu berkata kempen GTA pada masa ini berjalan lancar dan semakin rancak dan beliau percaya gabungan itu mempunyai peluang untuk menang di beberapa kerusi tertentu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This