Sedapnya kerabu pucuk paku dan kerang ni. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Tidak mengguna banyak bahan pun. Jom cuba.
BAHAN-BAHAN:
2 ikat pucuk paku
1/2 kg kerang
1 ekor ikan kembung – sederhana besar
2 keping asam gelugur
30 gm kerisik
4 ulas bawang merah
5 tangkai cili padi
200 gm tauge
2 batang serai
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
1.Potong pucuk paku dan rendam di dalam air panas seketika dan tus.
2.Kemudian bersihkan ikan dan rebus dengan garam serta asam gelugur. Selepas itu, buang tulang ikan dan ambil isinya. Ketepikan.
3.Kemudian kisar atau tumbuk bawang dan serai sehingga lumat dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan juga kerisik dan juga isi ikan. Gaul sehingga sebati.
4.Selepas itu, masukkan pucuk paku dan isi kerang yang telah direbus terlebih dahulu. Perasakan dengan garam.
5.Kemudian masukkan cili padi atau cili merah untuk menambahkan rasa pedas. Gaul sehingga sebati. Sedia untuk dihidangkan.
*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik
@majalahsaji Port makan best di Bangi & Kajang #bangisquare2 #makanlokal #myfoodie #malaysianfoodie #fyp #foryou โฌ I Ain't Worried (From "Top Gun Maverick") – Sunset Anthemz
Jadikan UtusanTV โshortcutโ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โAdd to Homescreenโ
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diย Facebook,ย Twitter, TikTok,ย Instagramย &ย Telegram

