SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah menerima surat pemakluman berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 tiga negeri daripada Speaker DUN yang terlibat.
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata pihaknya menerima surat pemakluman berkenaan dari Pahang dan Perlis pada 14 Okt lepas manakala Perak hari ini.
“Sehubungan itu, penetapan tarikh-tarikh penting pilihan raya bagi ketiga-tiga negeri ini akan dibincangkan serentak dalam Mesyuarat Khas SPR yang akan diadakan pada 20 Okt,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Pahang dan Perlis merupakan dua negeri terawal membubarkan DUN masing-masing susulan pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin lepas bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15.
Di Pahang, sebanyak 42 kerusi DUN akan dipertanding, manakala Perlis melibatkan 15 kerusi dan Perak mempunyai 59 kerusi.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

