“TERIMA kasihlah.” Itu sahaja respons ringkas penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan media tentang kenyataan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan yang memberi jaminan akan mencari tempat sesuai buatnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.
Persoalan tentang di mana Khairy akan bertanding timbul selepas Mohamad atau Tok Mat dilaporkan berhasrat bertanding di kerusi Parlimen dan memilih Rembau sebagai kawasan sesuai.
Ia sekali gus ‘menolak’ Khairy supaya mencari kerusi lain untuk ditandingi walaupun telah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Rembau.
Malah, Khairy yang juga Menteri Kesihatan sebelum ini pernah menyuarakan kebimbangan dengan kedudukannya termasuk kemungkinan tidak dicalonkan langsung.
Bagaimanapun, ketika ditanya soalan tambahan wartawan berhubung isu sama, Khairy hanya tersenyum tanpa mahu mengulas lebih lanjut.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Pusat Kardiologi Hospital Serdang, hari ini.
Baca artikel berkaitan: UMNO akan cari tempat sesuai untuk Khairy – Tok Mat
Semalam, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau memaklumkan parti itu akan mencari tempat sesuai untuk Khairy bertanding pada PRU-15.
Jelas Tok Mat, Khairy merupakan pemimpin muda berkaliber dan baik untuk negara serta sudah tentu UMNO tidak mahu beliau ‘hilang’ begitu sahaja.
“Kita cuba cari tempat sesuai untuk beliau untuk bertanding di PRU15.
“Itu semangat kekeluargaan di Rembau, kami beradat. Alhamdulillah kita akan pastikan jentera di Rembau dipertingkatkan lagi, tiada isu kerusi Rembau lagi,” kata Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau.
Terdahulu, pada mesyuarat sama, Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau dalam ucapan penggulungannya berkata beliau memberi laluan kerusi Parlimen Rembau kepada Mohamad pada PRU15.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

