Gaduh di Jalan Yap Kwan Seng, polis cari 3 individu

Dari Penulis

POLIS sahkan telah menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan individu di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur pada 8.38 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya kini sedang menjalankan pengesanan ke atas tiga individu warga tempatan yang dipercayai terlibat bagi membantu siasatan.

“Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes kini disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Noor Dellhan memberi amaran keras agar orang ramai tidak terlibat dengan kesalahan yang melanggar undang-undang.

Sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This