Misteri Jambatan Adam, laluan purba bawah air penghubung Sri Lanka dan India

Dari Penulis

PADA Oktober 2010, sebuah satelit angkasa NASA telah merakam sebuah objek yang tidak dikenali di lokasi sempadan antara India dan Sri Lanka. Objek yang berada di bawah air tersebut kelihatan mirip seperti sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara itu.

Lantaran penemuan itu, objek tersebut digelar sebagai Jambatan Adam (Adam Bridge). Berukuran sepanjang 48 kilometer, objek tersebut mempunyai satu bentuk garisan melengkung yang hampir sama seperti sebuah jambatan.

Penemuan itu turut mendapat perhatian dari Jabatan Arkeologi Sri Lanka. Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan jabatan tersebut, mereka mengesahkan bahawa objek berkenaan ialah sebuah jambatan purba yang dikenali sebagai Jambatan Rama (Rama Bridge).

Berdasarkan kajian yang pernah dilakukan sebelum ini mendapati, kewujudan jambatan tersebut dikaitkan dengan sebuah kitab kuno yang dikenali Mahabhrata dan Ramayana.

Mengikut rekod kajian itu, usia jambatan purba tersebut berkemungkinan mencecah satu hingga dua juta tahun yang lalu. Dikatakan jambatan itu dibina oleh manusia yang hidup pada zaman itu.

Adam Bridge atau Rama Bridge.
Kelihatan seperti sebuah jalan purba di bawah air yang menghubungan kedua penghujung India dan Sri Lanka.

Sejauh manakah kebenaran dakwaan itu? Jika dilihat pada situasi ini, kewujudan artifak tersebut tidak sesuai dengan zamannya.

Dalam erti kata lain, penemuan jambatan purba ini telah mendahului zaman di mana perbandingan corak sosial dan teknologi penghasilannya menyebabkan artifak itu dilihat datang daripada satu zaman yang tidak sepadan dengan waktu ia dijumpai.

Jika dilihat peta dunia hari ini, hujung Sri Lanka dan India dipisahkan oleh Selat Palk sepanjang 64 kilometer. Berdasarkan rekod sejarah, lebih 500 tahun yang lalu daratan Sri Lanka ini sebenarnya bersambung dengan India.

Dikatakan laluan purba ini telah musnah dalam bencana alam yang berlaku sekitar tahun 1480 yang akhirnya menyebabkan Sri Lanka terpisah dari tanah besar dan menjadi sebuah pulau.

Jika diukur dari penghujung India sehingga ke hujung Sri Lanka, Jambatan Adam ini sepanjang 48 kilometer. Laluan ini merupakan gugusan tanah yang dibentuk daripada batu karang dan pasir.

Ketika air surut, laluan ini masih ditenggelami air sedalam satu meter menyebabkan ia tidak boleh digunakan.

Jambatan purba yang merupakan sebuah laluan zaman dahulu yang masih menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Pelbagai teori dikaitkan dengan jambatan purba ini. Dikatakan pada zaman dahulu kawasan tersebut adalah sebuah daratan. Ada juga yang mengatakan kononnya jambatan ini adalah laluan yang digunakan Nabi Adam a.s ketika Baginda menuju ke lokasi yang hari ini dikenali sebagai Gunung Adam di Sri Lanka.

Legenda Dewa Rama dalam hikayat Ramayana turut dikaitkan dengan jambatan purba ini. Kononnya ia adalah laluan yang dibina oleh Hanuman dan tenteranya untuk membolehkan Rama membawa pulang isterinya, Sita yang diculik. Penganut Hindu menyebut jambatan ini sebagai ‘Jambatan Rama’.

Kajian yang pernah dilakukan Dr. Badrinarayanan, seorang geologis dari India mendapati, laluan ini dibina oleh tangan manusia dan bukannya terbentuk secara semula jadi. Dia percaya jambatan ini dibina menggunakan batu yang diambil dari Pulau Pamban, sekitar hampir 6,000 tahun yang lalu.

Kajian Dr. Badrinarayanan terhadap lapisan batu yang membentuk laluan ini, didapati batu dan pasir yang sudah tenggelam itu berusia antara 4,000 sehingga 7,000 tahun.

Kajian terhadap batu yang membentuk laluan ini.
Jambatan purba ini ketika dilihat dari udara.

Tetapi, adakah benar jambatan ini buatan manusia atau tidak masih belum dapat dipastikan kesahihannya. Ini kerana batuan yang terbentuk itu mempunyai saiz antara dua ke tiga kilometer lebarnya dengan panjang 48 kilometer. Dengan saiz begitu, adalah tidak logik ia tidak dilakukan oleh manusia bersaiz seperti kita hari ini.

Mengikut teori yang dikemukakan oleh seorang ahli Cryptozoologist Amerika Syarikat, Ivan T. Sanderson, penemuan seumpama ini digelar sebagai Out of Place Artifact (OOPART).

Fenomena OOPART merupakan kejadian yang tidak diketahui puncanya. Ia juga merupakan istilah asing yang paling jarang digunakan dalam sesuatu penemuan. Merujuk kepada objek sejarah, arkeologi atau paleontologi yang ditemui tidak sesuai pada tempat dan zamannya.  Justeru, ia dilihat bertentangan dengan sejarah, waktu, dan teori kewujudan.

Selain ‘Adam Bridge’, terdapat dua penemuan arkeologi yang terkenal dikategorikan sebagai OOPART. Pertama, penemuan Tengkorak Kristal atau ‘Crystal Skull’ yang merupakan barang tinggalan daripada bangsa Maya di daerah Yacatan, Mexico.

_____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Bunian tak semua cantik’… Miman gambarkan makhluk misteri dalam karyanya

Lukisan bunian yang dihasilkan oleh pelukis muda berbakat, Miman, baru-baru ini mencuri perhatian ramai di media sosial.  Berbeza dengan gambaran...

More Articles Like This