TINDAKAN Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang membidas siaran Facebook Berita Harian sebagai satu penipuan dan fitnah disifatkan sama sekali tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar turut menyifatkan perkara tersebut tidak seharusnya berlaku apatah lagi Fahmi merupakan menteri yang bertanggungjawab ke atas media.
Malah, kata beliau, Fahmi itu juga diberikan tanggungjawab sebagai jurucakap kerajaan.
Sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan Fahmi, Johan turut menegaskan bahawa Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sepatutnya faham bahawa laporan itu memetik pandangan dan ramalan penganalisis.
Katanya, ia merupakan amalan biasa dalam laporan pemberitaan bisnes dan urus niaga seperti juga pandangan penganalisis politik dipetik untuk tujuan berita atau laporan politik semasa.
“Dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, semua pandangan, baik yang menyokong atau menentang kerajaan seharusnya diberikan tempat.
“Saluran media bukan portal atau risalah rasmi kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: HAWANA 2023 diharap dapat libat media dari ASEAN – Fahmi Fadzil
Mengulas lanjut, Johan berkata, kenyataan Fahmi itu secara tidak langsung menanamkan rasa tidak yakin orang ramai ke atas media serta menjejaskan nama baik media tempatan.
Beliau berkata, Fahmi bahkan sebelum ini menjanjikan media bebas membuat laporan dalam kerangka undang-undang sedia ada.
“Saya juga kecewa bahawa sebelum ini menteri berkenaan melenting dengan laporan persepsi dan skor Kerajaan Perpaduan yang dibuat oleh lima media arus perdana.
“Saya melihat kecenderungan yang tidak sihat apabila beberapa orang menteri mempertikaikan laporan media yang tidak menyebelahi mereka.
“Saya berpendapat hal ini berlaku disebabkan menteri-menteri berkenaan tidak cukup matang menangani isu media,” katanya.
Semalam, Fahmi menyifatkan hantaran Facebook Berita Harian berhubung kadar dasar semalaman (OPR) dijangka naik pada Julai sebagai fitnah kepada Bank Negara Malaysia (BNM) dan kerajaan.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, beliau akan bertemu dengan pengurusan media terbabit.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

