Adik maut ditikam kakak kerana diejek

Dari Penulis

ANGKARA diejek, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut ditikam kakaknya dalam satu kejadian di Ulu Pulai, Ulu Choh, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 2.15 petang.

Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada pergaduhan adik-beradik.

“Ibu mangsa mengatakan pada awalnya mangsa bergaduh dengan kakak berusia 18 tahun kerana berebut tempat duduk di dalam kereta semasa balik sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek mengaku telah membaling pisau ke arah mangsa selepas diejek ketika masuk ke dalam rumah.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 petang dan bedah siasat akan dijalankan pada esok di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru,” ujarnya.

Rahmat berkata, suspek telah ditangkap dan permohonan reman akan dilakukan.

Kes kini disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas dituduh ‘rampas’ kuasa PN, Tun Faisal dakwa Radzi dan Azmin sengaja digugurkan

BERSATU mendakwa tindakan menggugurkan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada jawatan utama...

More Articles Like This