PRU-15: PBRS mahu pengagihan kerusi lebih adil daripada BN

Dari Penulis

PARTI Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berharap mendapat  pengagihan kerusi yang lebih adil untuk ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) daripada Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agungnya, Richard Kastum berkata, hasrat itu telah diputuskan pada mesyuarat tertinggi parti itu semalam, dan akan dibawa dalam perbincangan dengan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam tempoh terdekat.

“PBRS bukan lagi sebuah parti kecil seperti yang dianggap sebelum ini. Berbeza dengan tanggapan sesetengah pihak, PBRS telah berjaya menarik kemasukan ramai pemimpin kanan parti lawan, serta permohonan ribuan keahlian baharu.

Baca lagi:Tiada isu antara saya dan Ahmad Zahid – Ismail Sabri

“Ia menjadikan keahlian PBRS berlipat kali ganda dan jumlah bahagian PBRS bertambah dengan bahagian PBRS telah ditubuhkan hampir di setiap DUN di Sabah,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sebelum Parlimen ke-14 dibubarkan, PBRS, yang juga parti komponen BN bersama UMNO, MCA dan MIC, mempunyai satu kerusi Parlimen di Pensiangan disandang Timbalan Presidennya Datuk Arthur Kurup yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan peruntuk RM9.46 juta laksana 52 Projek Cakna MADANI perkukuh mitigasi banjir di Sarawak

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM9.46 juta bagi melaksanakan 52 Projek Cakna MADANI di Sarawak tahun ini sebagai langkah memperkukuh...

More Articles Like This