SEORANG lelaki warga India maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 3 sebuah flat di Taman Sri Muda, hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa ditemui di tingkat bawah dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berdarah.
Beliau berkata, mangsa berusia 46 tahun itu telah berkahwin dan punca mangsa terjun dari bangunan masih di dalam siasatan.
“Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Klang bagi bedah siasat dan kes kini disiasat dibawah laporan mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Firdaus Mohd Khairi di talian 012-6513046.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

