Wanita pandu Myvi putih lawan arus ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG wanita yang bertindak memandu Perodua Myvi secara melawan arus di Kilometer 31.2, Lebuhraya Utara-Selatan ditahan polis pada 1 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan di sebuah pangsapuri di Kangkar Pulai, Skudai.

Beliau berkata, suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai bagi tindakan lanjut.

“Turut dirampas sebuah Perodua Myvi putih dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan sebuah Perodua Myvi berwarna putih memandu melawan arus dengan memasang ‘hazard light’.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This