KERAJAAN sentiasa berusaha memastikan Keluarga Malaysia termasuk kalangan usahawan dan koperasi untuk terus mengecapi kemakmuran.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penganjuran Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia Selangor, hari ini disifatkan manifestasi tanggungjawab kerajaan kepada rakyat.
Menurut beliau, ia adalah bukti kerajaan menyediakan sebuah ekosistem keusahawan yang holistik dan kondusif.
Perdana Menteri turut percaya, ramai yang menyedari bahawa sektor koperasi yang wujud sejak 100 tahun lalu telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara.
“Tahun hadapan, sejumlah RM100 juta diperuntukkan untuk Tabung Modal Pusaingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi menyediakan pembiayaan kepada koperasi dalam mengembangkan industri agromakanan.
“Usaha ini turut disokong Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi ke arah memastikan bekalan barangan makanan dan keperluan pengguna sentiasa konsisten pada harga yang lebih murah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia Selangor, hari ini.
Baca artikel berkaitan: Kenal siapa kawan dan lawan, elak tembak kaki sendiri – PM
Mengulas mengenai karnival tersebut, Perdana Menteri percaya program seumpama itu dapat memperkasa usaha dan koperasi untuk terus berkembang maju dan berdaya saing dalam bidang perniagaan.
Walaupun hanya diadakan selama sehari, Ismail Sabri berkata, ia telah berjaya menghimpunkan hampir 10,000 pengunjung termasuk usahawan, koperasi, penjaja, peniaga kecil, trak makanan yang menawarkan pelbagai produk dan barangan pada harga berpatutan.
Namun begitu, beliau difahamkan program tersebut tidak mendapat persetujuan Kerajaan Negeri Selangor.
“Saya difahamkan agak sukar melaksanakan program hari ini kerana Kerajaan Negeri Selangor tak bersetuju dan tak benarkan penggunaan tapak ini tetapi nasib baik tapak program ini adalah tapak swasta jadi mereka tak boleh halang.
“Kita buat ini untuk kepentingan penjaja dan usahawan di Selangor, bukan untuk berkempen tetapi nak beri ruang kepada peniaga dan usahawan kecil.
“Begitulah sebenarnya sikap mereka terhadap golongan penjaja. Nasib baik kita ada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar yang prihatin menjaga kepentingan usahawan.
“Kita tak kira, walaupun tak dibenarkan tapi kita berusaha untuk pastikan program yang menjaga dan membela kepentingan usahawan ini kita laksanakan,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

