Gelandangan kudung tangan didakwa bunuh warga emas

Dari Penulis

Seorang gelandangan yang kudung tangan kanan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas pada Ahad lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Chin Ling Sin, 51, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis kerana pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Chin dituduh menyebabkan kematian Leong Chow Wah, 67, yang juga gelandangan, di lorong tepi sebuah restoran, Jalan Leong Sin Nam di sini antara pukul 4.50 pagi sehingga 5.50 pagi pada 16 Okt lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatimah Hannah Abd Wahab manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 16 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

  — BERNAMA

Friday , 21 October 2022


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This