Umrah: Lebih 2 juta visa dikeluarkan, jemaah Indonesia paling ramai

Dari Penulis

LEBIH dua juta visa telah dikeluarkan kepada mereka yang berhasrat untuk menunaikan Umrah dari 176 negara di seluruh dunia sejak bermulanya musim Umrah 1444H pada 30 Julai lalu.

Lapor Al-Arabiya.net, anggota Jawatankuasa Kebangsaan bagi Musim Haji, Umrah dan Ziarah, Hani Al-Omairi berkata, terdapat kira-kira 150 syarikat dan pertubuhan perkhidmatan umrah menyediakan perkhidmatan terbaik buat jemaah dari saat ketibaan mereka di Arab Saudi sehingga keberangkatan mereka pulang ke negara masing-masing.

Menurutnya, jemaah dari Indonesia, negara dengan penduduk paling ramai penganut Islam, menduduki tempat pertama dalam kalangan negara yang menghantar jumlah tertinggi jemaah.

Katanya lagi, ini diikuti dengan jemaah dari Iraq, Turki, Pakistan, Malaysia, India dan Azerbaijan.

Beliau pada masa sama mengambil maklum tempoh akan datang bakal menyaksikan kebanjiran jumlah jemaah Umrah dari pelbagai negara di dunia.

Sementara itu lapor Saudi Gazette, Presiden Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci mengumumkan bahawa jumlah jemaah umrah dalam dan luar negara serta jemaah yang mengunjungi Masjidilharam mencecah lebih 30 juta orang semasa suku pertama musim Umrah 1444 Hijrah ini.

Katanya, jumlah jemaah yang mengunjungi dan melaksanakan ibadah di Masjid Nabawi di Madinah semasa tempoh itu pula menjangkau lebih 40 juta orang.

Jabatan itu menyatakan, mereka membuat penyelarasan terperinci dan penggunaan kaedah canggih teknologi baru, termasuk robotik dan kecerdasan buatan (AI) bagi membolehkan jemaah menunaikan ibadah dalam suasana yang selesa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This